EKONOMI

IILM terbit semula sukuk US$1.11 bilion

11/09/2019 10:52 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept  -- The International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) telah menerbitkan semula Sukuk berjangka pendek berjumlah US$1.11 bilion (US$1 = RM 4.17) dalam tiga peringkat.

Sukuk tersebut merangkumi US$450 juta dengan tempoh satu bulan pada kadar keuntungan sebanyak 2.10 peratus, US$460 juta dengan tempoh tiga bulan pada kadar keuntungan 2.15 peratus dan US$200 juta dengan tempoh enam bulan pada kadar keuntungan sebanyak 2.16 peratus. 

IILM dalam satu kenyataan hari ini berkata permintaan untuk siri Sukuk satu bulan, tiga bulan dan enam bulan telah mencapai bidaan kepada nisbah meliputi, masing-masing sebanyak 154 peratus, 170 peratus dan 222 peratus.

"Sukuk 1 bulan ini telah diterbitkan pada lima mata asas di bawah tiga bulan, manakala Sukuk tiga bulan dan enam bulan berharga rata, masing-masing pada 2.15 peratus dan 2.16 peratus," katanya lagi. 

Pembelian oleh pengedar utama Islam dalam lelongan utama berjumlah 81 peratus, 45 peratus dan 54 peratus bagi Sukuk selama satu bulan, tiga bulan dan enam bulan.

IILM merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang ditubuhkan pada 25 Okt 2010 oleh bank pusat, pihak berkuasa monetari dan organisasi pelbagai hala untuk membangun dan menerbitkan instrumen kewangan yang mematuhi Syariah jangka pendek bagi memudahkan pengurusan pengewangan merentas sempadan yang berkesan untuk institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan