EKONOMI

MYCC menandatangani MoU bersama UPM dan MPC

21/08/2019 07:13 PM


PUTRAJAYA, 21 Ogos -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam satu Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 20 Ogos 2019.  

Pemeteraian MoU ini merasmikan hasrat MyCC, UPM dan MPC untuk menggalakkan dan membangunkan bidang pendidikan dan penyelidikan serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan undang-undang persaingan. Ini merupakan salah satu langkah yang bertujuan untuk memperkasakan pelaksanaan Akta Persaingan 2010 dengan lebih berkesan dan seterusnya mencapai objektif Suruhanjaya dalam melindungi proses persaingan yang sihat dan bermanfaat kepada perniagaan, pengguna dan ekonomi.

Antara kerjasama yang bakal dijalankan antara MyCC dengan UPM adalah pembangunan subjek atau modul mengenai undang-undang persaingan di Malaysia, peluang latihan industri untuk para pelajar serta program sangkutan jangkamasa pendek untuk para pensyarah. Manakala, kerjasama antara MyCC dengan MPC pula bertunjangkan “Senarai Semak APEC-OECD ke atas Pembaharuan Peraturan” yang memberi keutamaan untuk meletakkan Penilaian Impak Persaingan (CIA) dalam Analisis Impak Peraturan (RIA).

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Pengerusi MyCC bersama Prof. Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris, Naib Canselor UPM serta Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Timbalan Ketua Pengarah MPC yang telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri KPDNHEP.

—BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan