Hisyam Rafar dan Farkhan
SEREMBAN, 15 Ogos (Bernama) -- Pengamal media yang menunggu di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini sejak 7 pagi tadi dilihat mula berkurangan ekoran perlu menghadiri sidang media berhubung laporan bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini.
Sidang media berkenaan dijangka akan mengumumkan hasil bedah siasat itu akan diadakan pada pukul 2 petang ini.
Berbaki kurang daripada sejam lagi itu, petugas media yang kebanyakkannya mula berkampung di sini bagi mengikuti kes Nora Anne, nyata tidak sabar menunggu.
Awal pagi tadi, pengamal media tempatan dan antarabangsa mula memenuhi perkarangan HTJ itu seawal 7 pagi untuk mengetahui punca kematian gadis berusia 15 tahun itu susulan bedah siasat yang dijalankan mulai semalam.
Sementara itu, petugas media mula memenuhi perkarangan IPK sejak pukul 12.30 tengah hari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial