AM

Polis cari suspek kes tetak bekas isteri

13/08/2019 03:26 PM

KUALA KRAI, 13 Ogos (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan, Sultan Amir Najeem, 50an, yang dipercayai menetak bekas isterinya menggunakan sebilah golok di hadapan sebuah bank di sini, pada 1 Ogos lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Wan Fauzi Wan Ishak berkata serbuan ke atas rumah rumah suspek di Machang mendapati lelaki itu telah melarikan diri.

"Selepas menetak bekas isterinya dan suami baharu mangsa, suspek tidak pulang ke rumahnya namun kami percaya suspek masih berada di negeri ini dan usaha mencarinya masih giat dijalankan.

"Susulan itu kami memohon orang ramai menyalurkan maklumat untuk menjejaki suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini, hari ini.

Wan Fauzi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 48 tahun parah ditetak oleh bekas suami mangsa berikutan suspek yang cemburu selepas wanita berkenaan berkahwin pada April lepas.

Suami mangsa berusia 45 tahun turut cedera di jari dan lengan berikutan berlaku pergelutan ketika menyelamatkan isterinya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan