EKONOMI

IKEA Southeast Asia bawa pengalaman baharu pusat beli-belah ke Batu Kawan

26/07/2019 04:48 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- IKEA Southeast Asia akan membuka fasa pertama pusat beli- belah yang akan dihubungkan terus ke kedai barangan kelengkapan rumah blue-box di Batu Kawan.

Pusat beli-belah baharu itu akan mengetengahkan campuran runcit yang baharu ke Aspen Vision City, usaha sama IKEA Southeast Asia dan Aspen Group, menurut kenyataan.

“Di rantau ini, lima daripada kedai IKEA kami adalah teras bagi pusat beli-belah - resipi runcit yang terbukti dapat menarik jutaan pengunjung, termasuk mereka yang sanggup memandu berjam-jam untuk meluangkan masa berharga bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer.  

“Di Pulau Pinang, fasa pertama pusat beli-belah bersepadu ini akan menawarkan pelbagai sewaan unik bagi memberikan sesuatu untuk semua orang dan menyediakan asas yang hebat untuk banyak lagi rakan kongsi untuk menyertai kami ketika kami berkembang pada tahun-tahun akan datang,” kata Rojkjaer.

Sebanyak 20 unit, destinasi runcit baharu itu menyasarkan untuk menjadi hab di perbandaran Batu Kawan. Pusat beli-belah itu akan dibuka pada hujung 2019, dan 85 peratus ruang telah dipajak kepada penyewa seperti Sports Direct, Project Rock, 7-Eleven dan Harvey Norman.

Menyewa ruang seluas 50,000 kaki persigi, Harvey Norman membawa konsep kedainya di luar kawasan Lembah Klang untuk kali pertama.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan