EKONOMI

Forum bincang peranan kewangan Islam dalam pembangunan lestari

19/07/2019 08:26 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Forum Eksekutif Mengenai Kewangan Islam ke-13, yang akan diadakan di sini pada 18-19 Sept akan membincangkan keberkesanan penggunaan instrumen pasaran modal Islam (ICM) bagi pertumbuhan lestari serta bertanggungjawab. 

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) dan Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF) akan menjadi tuan rumah bagi forum itu, yang bertujuan untuk memaklumkan kepada peserta mengenai perkembangan terkini dalam instrumen dan peraturan-peraturan daripada bidang kuasa yang menjadi peneraju dalam ruang pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI).

“Forum tersebut akan melihat kepada perbincangan mengenai peranan instrumen kewangan Islam dalam menangani isu-isu semasa global yang meliputi SRI, penilaian pasarannya, potensi pertumbuhan dan cabaran yang perlu ditangani bagi memenuhi potensi penuhnya,” kata institusi itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Layari www.ifsb.org untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan