AM

Malaysia sokong penuh Timor Leste jadi anggota ASEAN ke-11

11/07/2019 11:44 AM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh kemasukan Timor Leste sebagai anggota baru ASEAN ke-11 memandangkan ia terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain daripada keakraban yang sedia terjalin antara Malaysia dan Timor Leste, ia juga selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baru ASEAN. 

“Ini juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya yang dipelopori Malaysia yang berpegang kepada konsep ‘prosper thy neighbor’ (memakmurkan jiran),” katanya sewaktu menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan