KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- TV Alhijrah mengumumkan pelantikan Namanzee Harris sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuat kuasa semalam.
Pengerusi TV Alhijrah Datuk Hussamuddin Yaacub dalam kenyataan hari ini berkata Namanzee dilantik berdasar pengalaman luas dalam dunia penyiaran serta mempunyai latar belakang media yang meyakinkan.
“Kami amat gembira dengan pelantikan beliau, di mana beliau memiliki pengalaman enam belas tahun di dalam dunia penyiaran serta pernah menyandang jawatan Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi di Astro.
“Beliau juga berpengalaman menguruskan saluran berbentuk agama di Astro Oasis sebelum ini, kami yakin beliau dapat membawa TV Alhijrah ke arah prestasi lebih baik serta membantu operasi organisasi ini berjalan lebih lancar,” katanya.
Hussamuddin berkata pelantikan Namanzee bakal menyuntik aspirasi yang diperlukan TV Alhijrah dalam usaha menjadi stesen penyiar Islam terunggul di rantau ini.
Namanzee memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia serta turut memiliki sijil Darjah Khas dari Sekolah Agama Datuk Abdullah Esa, Johor Bahru.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial