AM

33,402 pekerja sektor swasta diberhentikan - Kulasegaran

01/07/2019 12:10 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Seramai 33,402 orang diberhentikan kerja dalam sektor swasta bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata daripada jumlah itu, rekod Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan sektor pembuatan mencatat pemberhentian tertinggi melibatkan 13,619 pekerja diikuti aktiviti khidmat dan sokongan seramai 6,447 pekerja dan maklumat dan komunikasi sejumlah 2138 pekerja.

“Antara tindakan pemberhentian itu berpunca daripada isu ketidakstabilan pasaran ekonomi global dan  keengganan menggunakan teknologi malumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan