AM

Op Selamat catat 221 kematian kemalangan jalan raya sehingga hari ke-13

11/06/2019 01:07 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Sebanyak 221 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang Op Selamat 15 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini sejak dilancarkan pada 29 Mei lepas sehingga hari ke-13 (semalam).

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata 14 kematian direkodkan pada Isnin dengan sempat daripada kematian itu berlaku di Perak. 

Terengganu dan Johor semalam masing-masing merekodkan dua kematian manakala Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak menunjukkan satu angka kematian, katanya. 

Jumlah kemalangan dicatatkan sehingga 10 Jun ialah 21,265 kes iaitu pertambahan 1,750 kes berbanding sebelumnya.

"Op Selamat yang akan berakhir dua hari lagi juga menunjukkan Selangor selaku penyumbang terbesar angka kemalangan dengan 5,487 kes, diikuti Johor dengan 3,293 kes, Kuala Lumpur dengan 2,405 kes sementara Perak dengan 1,843 kes," kata Asmawati.

Pihak polis juga merekodkan sebanyak 658 kes pecah rumah dan premis dengan Selangor mempunyai rekod paling tinggi iaitu 157 kes, katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan