Wanita maut, teksi dinaiki bertembung tiga kenderaan [ 4m ago ]

Damansara Realty usahasama bangunkan lot kedai di Johor Bahru

Tarikh kemaskini: 14/05/2019
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Damansara Realty Bhd (DBhd) akan bersama-sama membangunkan lot kedai komersial berkeluasan 1.17 hektar di Damansara Aliff, Johor Bahru, dengan Active Estates Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, DBhd berkata DAC Land Sdn Bhd, unit penuh tidak langsungnya akan layak mendapat jumlah bersamaan dengan 40 peratus bagi nilai pembangunan kasar atau RM41.62 juta, atau yang mana lebih tinggi.

DAC Land hari ini memeterai perjanjian pembangunan tanah bersama Active Estates untuk membina 68 unit lot kedai komersial tiga tingkat dan empat tingkat berstatus pegangan kekal di tanah itu.

Menerusi perjanjian itu, ia akan melaksanakan aspek pembersihan kawasan daripada sebarang halangan, manakala Active Estates akan membiayai sepenuhnya reka bentuk, pembinaan dan kesemua aspek pembangunan.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu