AM

MAHB pajak kenderaan elektrik bagi kurangkan pelepasan karbon di lapangan terbang

13/05/2019 03:08 PM

SEPANG, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memajak dua Kenderaan Elektrik (EV) Renault Zoe yang akan digunakan dan diuji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang bagi mengurangkan pelepasan karbon.

Pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa langkah itu juga sebagai sebahagian daripada usaha bagi mengoptimumkan kos operasi dan pemanpanan Akreditasi Karbon Lapangan Terbang di Tahap 30-pengoptimis yang diiktiraf oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Menurut MAHB, ia berhasrat menambah jumlah EV sekiranya data yang dikumpulkan dari penggunaan  pada masa sekarang membuktikan ia bagus.

EV boleh mengumpul kapasiti tenaga yang mampu bertahan sehingga jarak perjalanan 210 km sebelum ia mengecas semula selama sejam untuk kegunaan seseterusnya.

"Malaysia Airports berhasrat menggantikan kereta menggunakan minyak sekarang ini kepada EV kerana ia boleh menyumbang kepada pengurangan pelepasan 19,000kg karbon dioksida yang dihasilkan setiap kereta dalam setahun,” menurutnya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan