DUNIA

41 disahkan maut pesawat terbakar di Moscow

06/05/2019 10:59 AM

MOSCOW, 6 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Siasatan Rusia pada Isnin mengesahkan 41 orang terbunuh selepas pesawat penumpang SSJ-100 yang dalam perjalanan ke bandar Murmansk di barat laut Rusia terbakar, sebelum pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo Moscow, lapor agensi berita Xinhua. 

"Seramai 41 maut," kata wakil jawatankuasa Jabatan Siasatan Antara Wilayah bagi Pengangkutan Moscow, Elena Markovskaya. 

Terdahulu dalam kenyataan awal dikeluarkan jawatankuasa itu menyebut seramai 37 daripada 78 penumpang terselamat.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo pada 6 petang waktu tempatan (1500 GMT) Ahad sebelum membuat pendaratan kecemasan 40 minit kemudian.

Siasatan awal mendapati kebakaran mungkin berpunca daripada kilat.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan