SEREMBAN, 13 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau buat penggal ke empat selepas menewaskan tiga pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini.
Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi.
Selain Mohamad, PRK itu ditandingi calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau Mohd Nizam Tajul Arus mengumumkan keputusan berkenaan di pusat pengiraan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Sri Sendayan di sini malam ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial