AM

UTM  konsisten wujudkan kampus lestari, guna Telepod "e scooter board"

27/02/2019 03:55 PM

JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus konsisten dalam mewujudkan kampus lestari dengan menjadi universiti pertama negara menggunakan Telepod 'e-scooter board' sebagai satu daripada alternatif pengangkutan baharu. 

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Wahid berkata penggunaan skuter elektrik rendah tenaga dengan usaha sama pintar syarikat Telepod itu dapat membantu mengurangkan jumlah karbon yang terhasil daripada asap motosikal dan kereta di UTM.

Katanya, Telepod merupakan sebuah syarikat dari Singapura yang berasaskan kepada pengangkutan mesra pengguna.

"Kita sudah ada bas dan basikal elektrik, dengan penggunaan skuter elektrik Telepod ini kita dapat mengurangkan lebih banyak karbon dengan anggaran sebanyak 6.72 ton karbon setahun.

"Kita juga mahu menyahut inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SGD) dan yakin dapat capai melalui usaha sama ini, kerana peranan universiti amat besar dalam membantu negara mencapai SGD untuk kelestarian masyarakat," katanya selepas merasmikan TELEPOD-UTM, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TELEPOD, Jin Ni Gan.

Wahid berkata bagi fasa pertama, terdapat sebanyak 30 unit Telepod dan pelajar mahupun kakitangan boleh menggunakannya dengan memuat naik aplikasi Telepod.

"Penggunaan mudah dengan memuat turun aplikasi Telepod dan imbas kod, ia terus boleh digunakan dan 10 minit pertama adalah percuma, selepas itu perlu bayar hanya 30 sen untuk satu minit menerusi e-wallet," katanya.

Untuk peringkat awal, skuter elektrik itu akan diletakkan di sepanjang laluan pusat pentadbiran, yang boleh disewa menggunakan aplikasi Telepod.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan