EKONOMI

TM beri kontrak 4G MOCN kepada Celcom

21/02/2019 11:23 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) memberikan kontrak kepada  Celcom Axiata Bhd (Celcom) bagi penyediaan perkhidmatan Rangkaian Teras Pengendali Berbilang 4G atau 4G Multi Operator Core Network (4G MOCN) kepada anak syarikatnya,  webe digital Sdn Bhd (webe).

Tempoh penyediaan perkhidmatan itu adalah selama tiga tahun, kata TM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Nilai kontrak itu akan ditentukan berdasarkan penggunaan dan kadarnya seperti ditetapkan dalam kontrak 4G MOCN.

4G MOCN adalah teknologi perkongsian rangkaian alternatif yang melengkapi perkhidmatan Perayauan Domestik (DR) 2G dan 3G sedia ada menerusi perjanjian yang dimeterai antara syarikat itu, webe dan Celcom pada 28 Jan, 2016.

TM berkata penyediaan perkhidmatan 4G MOCN itu akan meningkatkan lagi liputan rangkaian perkhidmatan webe tatkala  webe terus memperluaskan liputan rangkaian LTEnya.

Inisiatif terbaru itu selari dengan usaha berterusan TM untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan aspirasinya ke arah pemupukan gaya hidup digital, katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan