Scientex Q2 net profit rises to RM73.7 mln [ 10m ago ]

Pemilik syarikat hadapi dua tuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram

Tarikh kemaskini: 21/02/2019
SHAH ALAM, 21 Feb (Bernama) -- Seorang pemilik syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM229,000, pada Februari tahun lepas.

S. Vinoad, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Dia didakwa memindahkan wang ke dalam akaun simpanan Islamic CIMB Bank Bhd cawangan Bukit Tinggi milik seorang wanita berumur 33 tahun daripada akaun semasa CIMB Bank Bhd cawangan Pelabuhan Klang milik syarikatnya, Five Elements Services bagi dua transaksi berjumlah RM85,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
.....

       Berita Utama Terdahulu