Pakistan boleh jadi pintu masuk Proton tembusi pasaran lain [ 17m ago ]

Pantau kilang kitar semula plastik elak jadi pusat pengumpulan sampah dunia

Tarikh kemaskini: 21/02/2019
Gambar hiasan
Oleh Mohd Adli Shahar

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Badan bukan kerajaan (NGO) pencinta alam sekitar, EcoKnights berharap pemantauan berterusan dilakukan terhadap kilang kitar semula sisa plastik kerana jika ia tidak diuruskan dengan prosedur yang betul boleh membahayakan kesihatan orang ramai pada jangka masa panjang.

Presidennya Yasmin Rasyid berkata secara umumnya, tidak semua sisa plastik yang diperoleh oleh kilang terbabit boleh dikitar semula kerana sisa berkenaan dikategorikan mengikut kualiti tertentu.

Katanya, prosedur pelupusan sisa plastik yang tidak boleh dikitar semula secara sambil lewa, terutama oleh kilang-kilang yang beroperasi secara haram dan mengimport sisa itu dari luar negara, akan menyebabkan ia terurai menjadi mikroplastik dan nanoplastik.

Beliau menjelaskan, mikroplastik dan nanoplastik ini akan memasuki sistem saliran seperti sungai yang akhirnya akan dialirkan ke laut dan mencemarkan hidupan laut yang menjadi sumber bekalan makanan manusia.

“Contohnya jika kita membeli minyak enjin untuk kereta, bekasnya menggunakan plastik jenis ‘high density polyethylene’ yang boleh dikitar semula beberapa kali untuk dijadikan produk lain.
.....

       Berita Utama Terdahulu