Lebuhraya Pan Borneo: Keprihatinan Ketua Menteri Sabah dapat pujian 'Coalition 3H' [ 4m ago ]

Dakwaan Syed Saddiq diugut, polis sedang siasat

Tarikh kemaskini: 17/02/2019
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Dua laporan polis berkaitan insiden melibatkan Ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman setelah berlangsung majlis penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Semenyih, disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata polis menerima dua laporan tersebut daripada anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang.

“Kertas siasatan dibuka susulan insiden Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mendakwa dikasari dan diugut blogger kontroversi Papagomo.

“Laporan pertama disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya dan pengadu mendakwa telah dikasari dan dipukul dari arah belakang ketika melindungi YB Menteri.
.....

       Berita Utama Terdahulu