Venezuelan Vice President blames opposition for stopping medical programmes [ 14m ago ]

Raja Muda Perlis rasmi kedai Elo Water Malaysia

Tarikh kemaskini: 16/02/2019
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini merasmikan kedai Elo Water Malaysia di Bangsar Shopping Centre, di sini.

Baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selesai menyempurnakan majlis, baginda kemudiannya berkenan melawat kedai Elo yang merupakan satu-satunya kedai jenama itu di Malaysia.

Sementara itu, Perunding Perubatan Elo Malaysia Datuk Dr Syed Abdul Aziz Syed Benyahya berkata air minuman kaya oksigen Elo ini sesuai untuk individu yang sihat atau mempunyai masalah kesihatan disebabkan hipoksia.

“Hipoksia merupakan keadaan di mana tahap oksigen di dalam badan adalah rendah dan tisu badan tidak mendapat oksigen secukupnya,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata air Elo mempunyai kandungan oksigen yang tinggi, pH antara 7.1 dan 7.5, mempunyai mineral semula jadi, rasa halus yang menyegarkan dan bebas pengawet serta bahan tambahan.

Dr Syed Abdul Aziz turut menambah penerimaan air Elo dalam kalangan masyarakat telah terbukti apabila banyak negara sudah memasarkan produk berkenaan.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu