Unemployed man gets jail, whipping for snatching woman's mobile phone [ 8m ago ]

Usahawan pelancongan perlu guna sistem dalam talian untuk kekal dalam industri

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Usahawan pelancongan perlu mempraktikkan sistem tempahan dalam talian dan mengikuti perkembangan teknologi digital untuk kekal relevan di dalam industri, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah.

Beliau berkata trend terkini pelancong dalam dan luar negara ialah membuat tempahan secara dalam talian dan kurang menggunakan khidmat ejen pelancongan.

Rashidi berkata pada 2018, sebanyak 40 peratus pelancong ke Asia Tenggara terdiri daripada pelancong persendirian (Free Independant Traveller-FIT), manakala 60 peratus lagi menggunakan khidmat agensi pelancongan.

“FIT ini menggunakan aplikasi online... menunjukkan trend sudah berubah. Tidak lama lagi orang lebih suka melancong bersama gajet yang menggunakan hujung jari sahaja. Mereka lebih suka travel menggunakan aplikasi online kerana boleh memilih pakej daripada pelbagai aplikasi yang ditawarkan dari seluruh dunia.”

“Disebabkan itu, kita encourage travel agent kalau nak relevan kena ada online system,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Pelancongan Dalam Talian Go Travel oleh Gofay Malaysia Airways Sdn Bhd di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini hari ini.

Go Travel ialah aplikasi dalam talian yang menawarkan empat pakej utama iaitu Pakej Pelancongan, Tempahan Tiket Penerbangan, Tempahan Hotel dan permohonan visa secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Gofay Malaysia Airways Sdn Bhd Datuk Daniel Lee berkata aplikasi itu dijangka dapat membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong domestik dan luar negara terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020

Lee berkata, pihaknya menyasarkan 800,000 data pengguna menjelang hujung tahun ini dengan jumlah rakan kongsi dan pelancong yang berdaftar sebanyak satu juta.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu