Osman tegaskan beliau tidak ceroboh perairan Singapura

Tarikh kemaskini: 13/01/2019
JOHOR BAHRU, 12 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sekali lagi menegaskan beliau tidak menceroboh kawasan perairan Singapura yang didakwa milik republik itu, Rabu lepas, sebaliknya mahu melihat anggota Jabatan Laut menjalankan tugas.

Beliau berkata lawatan untuk meilhat anggota dan pegawai Jabatan Laut yang bertugas di atas kapal MV Pedoman, kapal induk jabatan itu di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura itu, bukan bertujuan melakukan provokasi malah ia diketahui oleh Wisma Putra.

"Saya tiada niat melakukan provokasi ke atas negara jiran. Kita tiada niat untuk menceroboh. Kita boleh tunjuk pelan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyalakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina, di Taman Impian Emas, di sini malam ini.
.....

       Berita Utama Terdahulu