26 PATI ditahan di Selangor semalam [ 7m ago ]

Kakitangan TNB hina institusi raja digantung tugas

Tarikh kemaskini: 08/01/2019


KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap institusi diraja digantung tugas serta-merta.

TNB dalam satu kenyataan di sini malam ini menyatakan tindakan itu diambil setelah satu siasatan dalaman dijalankan.

“Sebagai syarikat yang mengutamakan nilai-nilai murni dan integriti tinggi, kami tidak berkompromi terhadap mana-mana kakitangan kami yang membuat kenyataan sebegini,” menurut kenyataan itu.
.....

       Berita Utama Terdahulu