AM

SEDIC dijenamakan semula sebagai MITRA

22/12/2018 02:27 PM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Unit Pembangunan Sosioekonomi untuk Masyarakat India (SEDIC) kini akan dikenali sebagai Unit Transformasi India Malaysia (MITRA), yang akan memberi fokus kepada pemberdayaan kaum India untuk pembangunan yang mampan dalam pendidikan, ekonomi, kesejahteraan sosial dan manusia kecemerlangan.

Ketua Pengarahnya, S. Letchumanan berkata MITRA yang bermaksud rakan, sinergi, semangat dan persekutuan, akan memberi kesan kepada kawasan tumpuan utama  (KRA) yang terdiri daripada pendidikan, kebajikan sosial, ekonomi dan kerjaya, perancangan dasar, indentiti dan inklusif, serta projek khas.

"SEDIC, ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan bertanggungjawab ke atas pembangunan sosio-ekonomi kaum India Malaysia yang merangkumi satu unit di JPM yang sangat komited terhadap  tingkah laku sosial komuniti dan ekonomi masyarakat akar umbi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Letchumanan berkata  identiti baru ini  akan memberi tumpuan dan membina nilai integriti semasa serta meningkatkan keberkesanan operasi strategiknya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan