AM

Jabatan Kesihatan Kedah dan Perak siasat kes kematian akibat laksa

08/10/2018 02:31 PM

ALOR SETAR, 8 Okt (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Kedah dan Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes yang melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Landak Kupang, Baling yang mula tular di laman sosial, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu pemakluman melalui pesanan WhatsApp kepada Bernama memberitahu kedua-dua jabatan itu sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Beliau berkata memandangkan kejadian tersebut melibatkan kematian dan merentasi sempadan negeri Kedah dan Perak, sebarang kenyataan rasmi akan dibuat melalui Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang memaklumkan bahawa dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa yang dijual di gerai di Kampung Landak Kupang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan