AM

Peserta Mrs Malaysia World ingin ubah persepsi masyarakat

26/09/2018 06:45 PM

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Tekad untuk mengubah persepsi negatif masyarakat  terhadap penyertaan golongan Muslim serta wanita berhijab dalam pertandingan ratu cantik mendorong Lila Ruzaini Mohd Hussain menyertai pertandingan Mrs Malaysia World 2018.

Lila Ruzaini, 47, berkata pertandingan tersebut bukan sekadar memperagakan kecantikan wanita sahaja tetapi juga platform untuk membawa suara wanita Muslim selain memperkasa peranan wanita dalam masyarakat.

"Perkara sebegini adalah tanggungjawab yang perlu saya dukung supaya dapat direalisasikan untuk mengelakkan pandangan negatif terhadap Islam dan wanita berhijab yang ingin bertanding dalam apa-apa pertandingan ratu cantik," kata ibu kepada tiga anak itu kepada pemberita selepas jamuan makan tengah hari di Akademi Tahfiz Darul Abrar, di sini hari ini.

Turut hadir memeriahkan jamuan di pusat tahfiz itu ialah Mrs World 2018 Alice Lee Giannetta dan Mrs Malaysia World 2017 Datin Harveen Kaur.

Pertandingan Mrs Malaysia World 2018 yang akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, pada Sabtu ini, bakal menyaksikan 19 peserta wanita yang sudah berkahwin bertanding untuk merebut gelaran itu.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan