GEORGE TOWN, 12 Sept (Bernama) – Jambatan Sultan Abdul Halim Muádzam Shah (JSAHMS) akan ditutup pada 16 Sept ini untuk memberi laluan kepada acara kayuhan santai ‘Music Fun Ride 2018’ yang dianjur sempena sambutan Hari Malaysia.
Menurut kenyataan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini keseluruhan jajaran JSAHMS di kedua-dua arah akan ditutup dari pukul 2 pagi hingga 12 tengah hari.
“Ini merupakan kali kedua pihak JKSB dan Mediamore menganjurkan acara kayuhan santai di jambatan terpanjang di Asia Tenggara itu yang akan menyaksikan penyertaan lebih 1,500 peserta dari dalam dan luar negara,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi peserta acara kayuhan diminta berkumpul di Stadium Batu Kawan seawal jam 5 pagi untuk pengesahan penyertaan sebelum bergerak ke tempat pelepasan di Plaza Tol JSAHMS.
Pelepasan peserta dijadual pada pukul 6.30 pagi oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan negeri Soon Lip Chee.
Pihak JKSB memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat penutupan jambatan itu dan menyarankan pengguna untuk merancang perjalanan mereka lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan mematuhi arahan papan tanda serta amaran demi keselamatan pengguna dan perserta acara itu.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai penutupan itu, boleh menghubungi talian hotline JKSB di 1300 30 2828 atau emel di alamat aduan@jambatankedua.com.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial