malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Harga Proton dijangka meningkat selepas SST, kata Proton Edar

Tarikh kemaskini: 09/08/2018
 

SHAH ALAM, 9 Ogos (Bernama) -- Proton Edar Sdn Bhd menjangka harga kenderaan jenama tempatan akan meningkat sekitar RM1,500 hingga RM3,000 apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula September depan.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa menasihatkan orang ramai membeli kereta itu sekarang, iaitu ketika dalam tempoh peralihan daripada kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada SST untuk menikmati penjimatan.          

"Kita menjangka harga kenderaan Proton akan meningkat selepas pelaksanaan SST, cuma angka tepat belum dapat dipastikan memandangkan kerajaan belum lagi mengumumkan mekanisme cukai ini.

"Pengiraan peningkatan harga ini (RM1,500-RM3,000) dibuat berdasarkan tindakan kerajaan terdahulu memperkenalkan GST bagi menggantikan SST di mana terdapat pengurangan dalam harga kereta Proton sekitar RM1,500 hingga RM3,000 pada waktu itu.

"Justeru, apabila SST diperkenalkan semula, kami menjangka akan ada peningkatan harga dalam kuantum sama," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah program 'Proton Wealth on Wheels (WOW) Challenge' di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, semua kenderaan Proton masih boleh ditempa memandangkan stok masih mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam tempoh peralihan sistem percukaian itu daripada kadar sifar GST kepada SST.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu