Berita AM


Kayveas tidak bertanding di Cameron Highlands, sokong PH

Tarikh kemaskini: 12/01/2019
TANAH RATA, 12 Jan (Bernama) -- Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, sebaliknya mengisytiharkan bahawa beliau memberi sokongan terbuka serta agresif kepada calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran.

"Mereka (PH) boleh mengharapkan kami untuk bersama-sama mereka dan menterjemahkan sokongan padu kami sebagai undi buat mereka.

“PH adalah apa yang Cameron Highlands perlukan untuk melihat perubahan yang dijanjikan. Nama mereka menjelaskan segala-galanya. Pakatan Harapan. Harapan akan mengalahkan kesinisan dan penguasaan tidak demokratik cara Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
.....

       Berita Utama Terdahulu