AM

ANWAR TERUJA BERTEMU LEGENDA BINA BADAN DEXTER JACKSON

01/07/2026 09:12 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi keterujaan beliau selepas berkesempatan bertemu legenda bina badan dunia Dexter Jackson.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut memuat naik gambar bersalaman dengan juara Mr Olympia 2008 itu.

“Ketemu legenda bina badan dunia, juara Mr. Olympia 2008 dan Masters Mr. Olympia 2012 iaitu Dexter Jackson.

"Saya terinspirasi. Nampak gaya kena masuk gim nanti," katanya menerusi hantaran tersebut.

Jackson, 56, memegang rekod sebagai juara  Arnold Classic sebanyak sembilan kali. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan