AM

GUARDIAN PERKENAL RANGKAIAN MANNINGS GUARDIAN, KOLEKSI LENGKAP KEPERLUAN HARIAN KELUARGA

01/07/2026 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu Malaysia, Guardian hari ini melancarkan rangkaian baharu “Mannings Guardian”, iaitu koleksi lengkap barangan keperluan harian berkualiti yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menjaga diri dan keluarga dengan lebih yakin.

Guardian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelancaran itu, menggabungkan kekuatan Guardian yang telah berkhidmat kepada komuniti di Malaysia selama hampir 60 tahun, dengan Mannings iaitu peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Hong Kong, yang mempunyai pengalaman berdekad dalam membangunkan produk jenama sendiri yang dipercayai.

Menurut kenyataan itu kedua-dua jenama berkenaan, menghasilkan rangkaian produk yang menggabungkan kualiti, inovasi dan nilai merentasi pelbagai kategori, termasuk penjagaan diri, penjagaan mandian, penjagaan mulut, aksesori kecantikan serta keperluan isi rumah.

Pengarah DFI Group Own Brand Fann Yuen yang mengetuai proses pembangunan bersama berkata rangkaian jenama sendiri mannings guardian diciptakan dengan penuh teliti.

“Kami mempunyai proses jaminan kualiti yang komprehensif merangkumi 20 langkah, meliputi pemilihan pembekal, proses pembuatan, keselamatan produk, kawalan kualiti dan penilaian prestasi sebelum produk berada di rak jualan.

“Selain itu, rangkaian ini telah menjalani ujian dermatologi, dibangunkan berasaskan prinsip clean beauty, tidak diuji ke atas haiwan serta telah diuji dan diluluskan oleh pengguna sebenar.

“Kriteria yang ketat ini mencerminkan komitmen Guardian untuk menawarkan produk yang boleh digunakan oleh pelanggan dengan penuh keyakinan setiap hari,” katanya.

Rangkaian manning guardian turut merangkul anugerah Brand Tranformation of the Year - Malaysia pada Retail Asia Awards 2026, sekali gus mencerminkan pengiktirafan kukuh daripada pakar industri peruncitan terhadap gabungan kualiti, inovasi dan nilai harian yang ditawarkan jenama itu kepada pengguna.

Selain itu, produk Cherry Blossom Wet Wipes, UV Sunscreen Lotion dan Soft Face Towel daripada rangkaian itu, turut menerima pengiktirafan pada Monde Selection 2026 di Paris.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Singapura dan Brunei Anna Ng berkata kepercayaan merupakan teras kepada setiap usaha syarikat dan menegaskan bahawa setiap produk yang dibawa ke rumah pelanggan ialah produk yang diyakini sepenuhnya oleh Guardian.

“Dengan menggabungkan pemahaman Guardian terhadap keperluan pengguna Malaysia dan kepakaran Mannings dalam pembangunan produk, kami telah menghasilkan rangkaian yang menawarkan kualiti, inovasi dan nilai yang diharapkan oleh pelanggan daripada kami,” katanya.

Ng berkata syarikat itu percaya produk yang digunakan setiap hari wajar diberikan perhatian terhadap aspek kualiti setanding produk premium, selain berhasrat menjadikan rangkaian mannings guardian sebagai sebahagian daripada produk kepercayaan di kediaman rakyat Malaysia, dalam menyokong keperluan keluarga menerusi produk yang boleh diharapkan dalam kehidupan seharian.

Rangkaian mannings guardian dibangunkan dengan teliti bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia dalam pelbagai situasi penting, daripada rutin pagi dan penjagaan keluarga, hinggalah keperluan ketika melancong serta kesejahteraan harian.

Lebih daripada sekadar memperluas penawaran produk Guardian, pelancaran itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat, untuk menjadikan penyelesaian berkualiti dalam aspek kesihatan, kesejahteraan dan penjagaan diri lebih mudah diakses oleh semua.

Inisiatif itu juga menyokong aspirasi Guardian untuk menjadi “Penasihat Dipercayai Malaysia” untuk kesejahteraan dengan memperkasakan pelanggan menerusi produk yang diyakini, nasihat pakar serta penyelesaian, yang membantu mereka membuat pilihan lebih bijak ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Bagi meraikan pelancaran tersebut, Guardian telah mengubah Sunway Pyramid menjadi House of mannings guardian, satu pengalaman interaktif yang diinspirasikan daripada ruang-ruang harian, dengan produk-produk berkenaan menjadi sebahagian daripada kehidupan pengguna.

Pengunjung berpeluang meneroka rangkaian produk itu menerusi zon gaya hidup bertema, melihat bagaimana produk berkenaan sesuai digunakan dalam rutin harian serta merasai sendiri kualiti yang ditawarkan oleh rangkaian mannings guardian.

Rangkaian mannings guardian kini boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara serta menerusi platform dalam talian. Keseluruhan rangkaian produk jenama sendiri mannings guardian boleh didapati di laman sesawang Guardian iaitu https://guardian.com.my/guardian-brand.html?page=1

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan