ISTANBUL, 26 April (Bernama-Anadolu) -- Menteri Luar Iran Abbas Araghchi tiba di Muscat, ibu kota Oman, pada petang Sabtu, menurut agensi berita Tasnim, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beliau yang mengetuai delegasi diplomatik dijangka bertemu pegawai kanan di Oman untuk membincangkan hubungan dua hala dan bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau.
Kunjungan itu selepas lawatan beliau ke Pakistan sempena rundingan damai dengan Amerika Syarikat (AS).
Terdahulu Araghchi dalam kenyataan berkata beliau mengemukakan kedudukan negaranya mengenai rangka kerja yang boleh dilaksanakan untuk menamatkan perang ke atas Iran secara kekal, namun tidak memberikan butiran lanjut.
-- BERNAMA-ANADOLU
