DUNIA

BURSA MALAYSIA MENINGKAT PADA TENGAH HARI SEIRING BURSA SERANTAU

20/04/2026 02:37 PM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang optimis, walaupun sentimen kekal berhati-hati susulan perkembangan yang sedang berlaku di Selat Hormuz.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.11 mata atau 0.30 peratus kepada 1,700.32 daripada 1,695.21 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

FBM KLCI yang dibuka rendah 1.71 mata kepada 1,693.50, bergerak antara 1,689.00 hingga 1,703.64 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 604 berbanding 418 manakala 530 kaunter tidak berubah, 1,206 tidak diniagakan, dan 24 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan mencecah 1.75 bilion unit bernilai RM1.33 bilion.

Setakat ini, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.83 peratus kepada 26,376.98, Indeks Kospi Korea Selatan naik 1.02 peratus kepada 6,255.20, Indeks Nikkei 225 Jepun menokok 0.72 peratus kepada 58,899.49 dan Indeks Komposit IDX Indonesia naik 0.02 peratus kepada 7,635.41.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah 12 sen kepada RM11.22, Public Bank menokok satu sen kepada RM4.69, CIMB Group naik 13 sen kepada RM7.60, dan IHH Healthcare meningkat dua sen kepada RM8.75 manakala Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM14.30.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI meningkat setengah sen kepada 84 sen, Inari naik tujuh sen kepada RM1.72, dan Sunway Healthcare meningkat lima sen kepada RM1.89 manakala AirAsia X susut tiga sen kepada RM1.30 dan Empire Premium Food berkurangan satu sen kepada RM1.03.

Antara kaunter paling untung, Fraser & Neave meningkat 42 sen kepada RM31.42, Hong Leong Industries melonjak 28 sen kepada RM17.58, Hong Leong Bank naik 18 sen kepada RM22.40, Petronas Gas meningkat 16 sen kepada RM18.18 dan Dutch Lady menokok 12 sen kepada RM32.38.

Antara saham paling rugi, Nestle rendah RM1.38 kepada RM97.62, United Plantations susut 56 sen kepada RM33.62, Petronas Dagangan rendah 46 sen kepada RM20.12, Petronas Chemicals menyusut 20 sen kepada RM5.37 dan UMS Integration berkurangan 19 sen kepada RM5.91.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 27.71 mata kepada 12,378.92, Indeks FBM Emas naik 22.31 mata kepada 12,540.48, Indeks FBM Mid 70 rendah 1.07 mata kepada 17,722.66, Indeks FBM Emas Shariah susut 11.99 mata kepada 12,436.07, dan Indeks FBM ACE berkurangan 18.16 mata kepada 4,581.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 147.58 mata kepada 19,962.25, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.38 mata kepada 186.66, Indeks Tenaga menyusut 9.66 mata kepada 806.11 dan Indeks Perladangan rendah 27.23 mata kepada 8,901.43.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan