AM

OPS SELAMAT 26: NEGERI SEMBILAN REKOD 568 KES KEMALANGAN

27/03/2026 11:16 AM

SEREMBAN, 26 Mac (Bernama) -- Sebanyak 568 kes kemalangan dengan tiga kematian dicatatkan di Negeri Sembilan dalam tempoh Ops Selamat 26 bagi tempoh 19 hingga 24 Mac, kata Ketua Polis negeri Datuk Alzafny Ahmad.

Beliau berkata angka itu meningkat 23 kes atau empat peratus berbanding 545 kes kemalangan dengan lima kematian yang direkodkan pada Ops Selamat 24 dari 29 Mac hingga 3 April 2025.

“Kereta penyumbang utama kes kemalangan manakala Rembau merupakan daerah merekodkan insiden kemalangan tertinggi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah saman yang dikeluarkan juga meningkat kepada 6,401 saman kali ini berbanding 5,669 saman pada Ops Selamat 24, iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan