DUNIA

LARANGAN TERHADAP BEBERAPA KAPAL TANGKI BAWA MINYAK IRAN DITARIK BALIK

16/03/2026 11:29 AM

TEHRAN, 16 Mac (Bernama-MNA) -- Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Laksamana Muda Alireza Tangsiri mengumumkan bahawa rampasan terhadap beberapa kapal tangki yang membawa minyak Iran di lokasi beribu-ribu kilometer dari sempadan negara itu telah ditarik balik, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam hantaran di akaun X miliknya, beliau menulis: “Tekad serta langkah yang diambil oleh Tentera Laut Iran dalam menghadapi musuh telah membuahkan hasil sehingga rampasan beberapa kapal tangki yang membawa minyak Iran beribu-ribu kilometer dari sempadan negara telah ditarik balik.”

“Ini bermakna ia menjadi model sebenar untuk menghapuskan ancaman dan sekatan,” tambahnya.

-- BERNAMA-MNA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan