KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi pada Jumaat.
Pada 9.40 pagi, kontrak Mac 2026 meningkat 0.5 mata kepada 1,691.0, April 2026 naik 1.5 mata kepada 1,693.5, Jun 2026 melonjak 1.0 mata kepada 1,691.0 manakala September 2026 kekal tidak berubah pada 1,674.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,340 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,994 kontrak.
FBM KLCI merosot 1.96 mata kepada 1,709.05 selepas 45 minit dagangan daripada 1,711.01 pada Khamis.
-- BERNAMA
