AM

MANGSA BANJIR SABAH KEKAL 75 ORANG, DUA PPS MASIH DIBUKA

13/03/2026 08:40 AM

KOTA KINABALU, 13 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 75 orang daripada 23 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan 30 kampung di daerah Paitan masih terjejas akibat bencana itu, namun hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menempatkan mangsa terlibat.

Menurut JPBN Sabah, PPS yang dibuka yang dibuka sejak Selasa lepas ialah Pusat Komuniti Batagon Darat dan Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan.

JPBN Sabah turut memaklumkan pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa serta menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir sentiasa terjaga.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan