DUNIA

DRON SASAR LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUWAIT, AKIBATKAN KEROSAKAN HARTA BENDA

12/03/2026 06:55 PM

ISTANBUL, 12 Mac (Bernama-Anadolu) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait menjadi sasaran serangan dron pada Khamis yang menyebabkan kerosakan harta benda, menurut pihak berkuasa Kuwait, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Beberapa dron mengenai lapangan terbang itu, lapor agensi berita negara KUNA yang memetik Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut pihak berkuasa.

Serangan itu berlaku ketika serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk beberapa pegawai kanan, sejak 28 Feb.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan misil yang menyasarkan Israel, Iraq serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan