KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah bermula esok sehingga Rabu (11 Mac).
MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
