AM

AGONG DIPERSEMBAHKAN LAPORAN KEMAJUAN PEMBINAAN MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL

05/03/2026 03:01 PM

JOHOR BAHRU, 5 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat terkini mengenai laporan kemajuan kerja-kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil. 

Masjid berkenaan dibina hasil wang peninggalan anakanda Seri Paduka Baginda Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, yang mangkat pada 5 Dis 2015.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, masjid yang dibina di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene itu mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah dalam satu masa. 

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad di Istana Pasir Pelangi di sini. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Mohd Radzi Mohd Amin, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor Nasri Ali dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor Zainal Tumian. 

-- BERNAMA 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan