DUNIA

RAJA ARAB SAUDI TITAH DIADAKAN SOLAT ISTISQA PADA KHAMIS

12/02/2026 12:01 AM

RIYADH, 11 Feb (Bernama-SPA) -- Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, menitahkan agar solat Istisqa (solat memohon hujan) dilaksanakan di seluruh Arab Saudi pada Khamis, 24 Syaaban 1447H, menurut kenyataan Istana Diraja.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kenyataan itu menggesa semua pihak agar memperbanyakkan doa kepada Allah SWT untuk memohon keampunan, bertaubat, melakukan amal soleh dan memohon agar diturunkan hujan.

-- BERNAMA-SPA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan