AM

MATA PELAJARAN SEJARAH HANYA DITAWAR KEPADA MURID TAHUN 5 DAN 6 - KPM

11/02/2026 08:38 PM

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa mata pelajaran Sejarah hanya ditawarkan kepada murid tahun lima dan enam.

Menurut KPM pihaknya mengambil perhatian laporan media mengenai penawaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini telah menjelaskan mengenai kurikulum baharu yang akan bermula pada tahun hadapan melibatkan murid tahun satu dan tingkatan satu.

"Bagi mata pelajaran Sejarah, pada peringkat sekolah rendah ia ditawarkan kepada murid tahun lima dan tahun enam. Manakala pada peringkat sekolah menengah, ia ditawarkan kepada murid bermula di tingkatan satu," menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan