DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP LEBIH TINGGI

09/02/2026 07:56 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini. 

Pada penutup, kontrak Februari 2026 menambah 25 mata kepada 1,757.5, dan September 2026 meningkat 19 mata kepada 1,723.5, Mac 2026 dan Jun 2026 naik 24.5 mata masing-masing kepada 1,735.5 dan 1,739.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 9,962 lot daripada 7,105 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 44,564 kontrak daripada 42,726 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 18.47 mata atau 1.07 peratus kepada 1,751.30 berbanding 1,732.83 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan