AM

KAWASAN HUTAN DI BUKIT SERI TERNAS, SIK TERBAKAR

28/01/2026 05:53 PM

SIK, 28 Jan (Bernama) -- Kawasan hutan di Bukit Seri Ternas, Tasik Beris, dekat sini dilaporkan terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Sik Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.38 pagi.

“Komander operasi yang tiba di lokasi dimaklumkan oleh renjer bahawa berlaku kebakaran hutan di atas bukit setinggi 91.44 meter dari aras laut.

“Laluan ke lokasi kejadian berbatu, malah terdapat banyak pokok buluh...tinjauan awal daripada renjer yang ada di lokasi mendapati kawasan terbakar dianggarkan seluas satu hektar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Jamil berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mendapatkan bantuan helikopter untuk melaksanakan tinjauan serta pemadaman menggunakan kaedah pengeboman air.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan