KUANTAN, 2 Jan (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub awal pagi tadi bagi menempatkan mangsa terjejas akibat banjir susulan limpahan Sungai Ulu Atok.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, setakat 10.22 pagi, sebanyak 68 mangsa daripada 15 keluarga telah dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok yang dibuka sejak 6 pagi tadi.
“Kesemua mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke PPS berhampiran,” menurut kenyataan itu hari ini.
Beliau berkata kejadian banjir berkenaan berlaku akibat limpahan Sungai Ulu Atok berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan sejak semalam.
“Mangsa terlibat merupakan penduduk yang kali pertama dilanda banjir bagi musim 2025/2026,” katanya.
-- BERNAMA
