AM

ANWAR BERLEPAS PULANG SELEPAS HADIRI AELM DI GYEONGJU

01/11/2025 03:02 PM

GYEONGJU (Korea Selatan), 1 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas menamatkan lawatan kerja ke Korea Selatan, ketika beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Jumaat lepas.

Pesawat membawa Anwar berlepas dari Pangkalan Udara Gimhae di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan pada 3.08 petang waktu tempatan (2.08 petang waktu Malaysia).

Duta Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid dan Komander Sayap Udara Ke-5 Tentera Udara Korea Selatan Brigedier Jeneral Kang Geun Shin hadir di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan