 
      KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Hylo 2025 selepas melepasi halangan gandingan Republic Czech Jiri Kral-Ondrej Karl, awal pagi ini.
Pilihan utama kejohanan mengambil masa 38 minit sebelum menyingkirkan pasangan adik-beradik itu dengan 21-9, 22-20.
Pasangan negara akan berdepan wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi yang mengecewakan beregu perancis Christo Popov-Toma Junior Popov 21-12, 21-15.
Perjalanan dua pemain perseorangan wanita negara terhenti awal apabila K Letshanaa dan S Kisona terkandas di pusingan kedua kepada lawan masing-masing.
Letshanaa tunduk kepada Mia Blichfeldt dari Denmark 11-21, 13-21 manakala Kisona pula tidak berjaya melepasi halangan Putri Kusuma Wardani dari Indonesia apabila tewas 11-21, 13-21.
-- BERNAMA
