KOTA BHARU, 9 Okt (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak semalam di kawasan Ketereh, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata laporan kehilangan itu melibatkan remaja bernama Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam, 17 tahun 10 bulan, beralamat di Lot 572, Kampung Laka, Ketereh.
Beliau berkata remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 48 kilogram, berkulit putih dan berbadan kurus.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Mimi Nursyafiqah diminta menghubungi Sarjan Nur Affira Idris di talian 017-3204261, Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di 09-7752200, Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di 09-7455622, atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA