AM

SKUAD REMAJA BADMINTON NEGARA JUARA KUMPULAN, MARA KE SUKU AKHIR

08/10/2025 10:22 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Skuad badminton negara melangkah ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2025 selaku juara Kumpulan C selepas menewaskan Australia 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Guwahati, India, hari ini.

Dalam perlawanan di Pusat Kecemerlangan Nasional itu, Malaysia mencatat kemenangan selesa 45-35, 45-14 di bawah format baharu kejohanan yang menggunakan sistem terbaik daripada tiga set, dengan setiap set dimainkan sehingga 45 mata.

“Skuad remaja negara mara ke suku akhir selaku juara Kumpulan C dan akan berdepan China esok,” menurut hantaran di laman rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Facebook.

Hanya pasukan yang menjuarai kumpulan masing-masing layak ke saingan suku akhir.

Pada edisi terdahulu di Nanchang, China, Malaysia membawa pulang pingat gangsa selepas terkandas di separuh akhir kepada tuan rumah.

— BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan