EKONOMI

WCT RAIH KONTRAK KERJA-KERJA BERKAITAN LEBUH RAYA PLUS BERNILAI RM365.22 JUTA

04/07/2025 07:27 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, WCT Bhd memperoleh kontrak bernilai RM365.22 juta daripada Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) bagi membina lorong tambahan untuk projek pengembangan Lebuhraya Utara-Selatan di Johor.

Kumpulan pembinaan dan pembangunan hartanah itu memaklumkan kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa WCT telah menerima surat setuju terima bertarikh 1 Julai 2025 bagi kerja-kerja pembinaan lorong tambahan itu di jajaran dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara). 

Sementara itu, Fasa 2 projek ini melibatkan laluan dari Sedenak ke  Simpang Renggam.

“Kerja-kerja kontrak dijangka siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh permulaan pada 28 Julai 2025,” katanya.

Skop kerja meliputi pembersihan tapak, kerja-kerja perobohan, kerja-kerja tanah, sistem saliran, kerja-kerja penurapan, penandaan jalan, kerja geoteknikal, struktur jambatan, kerja perlindungan alam sekitar, pemindahan utiliti, sistem lampu jalan serta pemanjangan kotak culvert untuk laluan kenderaan kecil.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan